Followers

Dari Nurain Bt Jalaluddin untuk ''abah''.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum readers. Hari ni Aien nak tulis pasal luahan hati kawan Aien yang nama beliau pun Ain. Hihihi. Nama beliau Nurain Bt Jalaluddin. Beliau satu kelas dengan Aien. Beliau kawan rapat Aien dan yang lain-2, macam Eiyra, Mira, Yana, Aediey, Leen, Mahi dan Fatin. We are buddies, takkan terpisah. Huhuhu. Insya-Allah. Till jannah :)

''Assalamualaikum. Dear abah yang selalu Ain sayang, walaupun abah dah takde dah dekat dunia ni, tapi Ain nak abah tahu yang Ain rindu abah. Abah, Ain rasa dah lama Ain tak peluk abah, cium tangan abah. Masa abah ada dulu, Ain jarang sekali nak buat macam tu. Ain menyesal tak cium tangan dan peluk abah waktu abah masih hidup. Sekarang, abah dah takde. Ain tinggal dengan mak dengan wan je. Kesian mak, mak nak kerja tapi mak kena jaga wan. Selama ini, Ain dengan keluarga belanja harian guna duit bantuan je, Ain takut kalau suatu hari nanti duit itu habis. Macam mana nak tanggung keluarga. Mak tak kerja. Mak selalu berusaha nak belanja beli macam-macam. Ain akan cuba suruh mak berjimat. Nanti nak bayar macam bila nak masuk universiti. Yul tahun nie SPM. Yul kena lah belajar rajin-rajin. Nanti Yul dah besar, Yul kena jaga keluarga tapi Ain risau dengan pelajaran Yul tu. Yul selalu main bola. Ain janji yang Ain akan ubah keluarga kita. Ain nak suruh adik-adik jangan lupakan mak dengan abah. Pastukan abah, Ain rindu sangat nak pergi McD dengan abah. Ain menyesal sangat waktu hari tu, waktu Maghrib yang abah nak meninggal dunia. Kenapa Ain cakap 'tak nak' bila pakcik tanya, pastu tiba-tiba telefon bunyi. Pakcik cakap yang abah dah meninggal dunia. Waktu tu, Ain diam je. Ain sedih sebab Ain tak dapat nak tunjuk results PMR Ain dulu. Ain tak percaya yang abah dah pergi dulu. Ain tahu Allah lebih sayangkan abah. Apa-apa pun, Ain nak abah dengan mak tahu yang walau sejahat mana, seburuk mana Ain ni tapi abah dengan mak mesti tahu yang Ain sayang sangat-sangat dekat abah dengan mak. Ain akan belajar sungguh-sungguh dan bertekad nak ubah nasib keluarga. Kalau ada duit, bila besar nanti Ain nak buat rumah yang abah idamkan dulu. Insya-Allah abah, Ain janji. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.''

Ain's says: Ain sayang abah dengan mak. Without them, who we are? So, hargailah ibu bapa anda yang masih hidup. Sayangi dan cintailah mereka. Sentiasa mendoakan mereka, tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.  =)

If Allah wills it, we will meet again. Take care. 
Lots of love -NAI-
Assalamualaikum.

No comments: